TIADA DISKRIMINASI DI MALAYSIA (JIKA MEMAHAMI KONTEKS SEBENAR)
Dipetik dari Publius Melayu
Saya terpanggil untuk mengutarakan secebis renungan yang disuarakan oleh seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina tidak lama dulu. Dia bukanlah calang-calang Cina. Dia seorang yang terpelajar dan merupakan seorang usahawan dan industrialis yang berjaya dengan barisan syarikat di serata dunia. Menurutnya, semua kejayaan adalah disebabkan polisi kerajaan Malaysia yang mengamalkan apa yang begitu popular disebutkan sebagai 'diskriminasi positif'.
Dia begitu yakin Malaysia telah menemui satu penyelesaian praktikal kepada masalah-masalah berhubung pembahagian kaum/ekonomi. Dia berasa bertuah kerana dibesarkan sebagai seorang rakyat Malaysia.
Kini kita sudah mencapai 50 tahun kemerdekaan dan dalam pada itu DEB pun telah lama mengorak langkah, walaupun pencapaiannya masih di tahap yang boleh dipersoalkan pelbagai pihak. Tetapi itu tidak relevan dalam memperkatakan soal 'diskriminasi positif' daripada kaca mata usahawan Cina ini.
Dan sepanjang 50 tahun yang agak selari dengan rentak dan irama DEB, sekiranya terdapat andaian bahawa kerajaan telah membinasakan ekonomi atau perhubungan kaum, sudah tentu usahawan Cina tersebut tidak akan berasa begitu bertuah. Menurutnya, yang penting ialah kerajaan telah berjaya menrealisasikan apa yang dicita tanpa kerugian besar.
Usahawan Cina ini juga membanding dan menilai kehidupan orang Cina dan India yang berhijrah ke negara lain dengan mereka yang kekal di Malaysia. Ini saja,padanya, sudah cukup untuk mencetuskan rasa terima kasih berada di negara ini dan bukan di negara lain. Bagi kaum Cina, ambilah iktibar daripada nasib yang menimpa pelarian Vietnam (Boat People) yang majoriti berketurunan Cina. Mereka terpaksa melarikan diri dari Vietnam; Perhatikan juga Cambodia, di mana ribuan orang Cina dibunuh dengan kejam ataupun diusir keluar; Perhatikan Indonesia, dengan pembunuhan dan pengusiran kaum Cina; Perhatikan Filipina, di mana begitu lama kaum Cina dikecuali dan dipiggirkan darpada mendapat kerakyatan. Juga lihat saja pada Thailand di mana kaum Cina dikatakan tidak dimangsakan oleh diskriminasi kasar – ini kerana mereka telah diserapkan ke dalam masyarakat Thai, lantaran menghapuskan identiti Cina mereka.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home