Monday, April 21, 2008

Hentikan kecaman terhadap Pak lah


 

Sorotan berikut boleh membantu memberikan sedikit sebanyak kesedaran dalam senario politik yang begitu mencabar sekarang ini:


 

Saya rasa serangan, kecaman dan cemuhan terhadap Pak Lah sudah melampau. Pak Lah sepatutnya diberi ruang melaksanakan perubahan yang dicadangkannya untuk pihak kehakiman, BPR, Pendidikan Tinggi dan sebagainya. Sikap sentiasa mencari kesalahan, menuding jari perlu DIHENTIKAN bagi memudahkan TUGAS pentadbiran kerajaan dan REFORMASI.

Mungkin ada pihak yang berkata Anwar sebagai pemimpin de facto PKR dan penaung pembangkang lebih layak menjadi Perdana Menteri, tetapi yang nyata di saat ini, kita masih mempunyai sebuah kerajaan persekutuan yang diterajui UMNO dan dipilih secara demokratik (kecuali jika tindakan melompat parti benar-benar berlaku, yang tidak sepatutnya berlaku dan diterima kerana menyalahi tatasusila serta lunas-lunas demokrasi.) Berpandukan hakikat ini, pemimpin-pemimpin UMNO adalah golongan yang memerintah negara. Dan daripada banyak pemimpin UMNO yang sama-sama memerintah negara ini, undi dan sokongan saya ialah untuk Abdullah Ahmad Badawi.

Saya bukanlah pakar mengenai UMNO, tetapi pada saya parti UMNO disaat ini terbahagi kepada dua pihak, iaitu satu kumpulan racist-nasionalis dan satu lagi kumpulan berteraskan reformasi. Mungkin saya salah, tetapi pada pendapat saya kumpulan reformasi dalam UMNO, yang dianggap kurang korup dan tidak terlalu taksub dengan semangat nasionalis Melayu dan perkauman berdiri teguh bersama Pak Lah. Kumpulan alternatif ialah pihak yang menggerunkan sekiranya mereka berkuasa, walaupun hanya untuk beberapa tahun, iaitu jangka waktu yang sudah mencukupi bagi memudahkan mereka menghakis wang rakyat dan harta negara sebelum ditendang keluar pada pilihan raya umum akan datang.

Tambah lagi, kumpulan alternatif ini juga seolah-olah lebih berpotensi untuk menentang secara 'ganas' sekiranya diusir keluar melalui demokrasi berbanding kumpulan yang menyokong Pak Lah. Sekiranya Pak Lah jatuh, kita saya pasti kita akan menyaksikan lebih banyak perlakuan serta amalan perkauman, lebih banyak berlakunya rasuah dan sekatan terhadap kebebasan bersuara dan berekspresi dari UMNO dan kerajaan. Oleh itu, saya betul-betul berhadap Abdullah Ahmad Badawi akan terus memimpin UMNO sehingga pilihan raya umum ke 13 nanti.

Saya berpendapat Malaysia sebuah negara yang bertuah, walaupun tuah yang dimaksudkan tertakluk kepada pelbagai persepsi. Sekiranya Mahathir tidak mengusir dan memenjarakan Anwar, kemungkinan besar kita tidak akan mendapat barisan pembangkang sesihat ini. Mungkin kita juga tidak akan melihat satu generasi rakyat yang begitu berinspirasi, idealistik dan bermotivasi sebagai satu pergerakan reformasi yang membantu menggerakkan negara ke arah sistem dua parti. Jika Mahathir tidak melantik Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya dan Anwar pula menjadi Perdana Menteri, saya kira segala ini tidak mungkin berlaku dan Anwar lama (dan barisan kroni-kroninya) tidak mungkin akan bersikap lebih terbuka berbanding Pak Lah untuk mencetuskan insensitif bagi berdebat, berbincang dan seterusnya merintis arah kepada demokrasi yang lebih hebat.

Mungkin Anwar baru amat berbeza sekali...tetapi masih terlalu awal untuk ditentukan...saya akan bersikap terbuka dalam hal ini kerana saya tidak berapa maklum tentang orangnya.

Pada perspektif saya jika dulunya UMNO berpindah dari Mahathir kepada Anwar, saya yakin kita akan terus berada dalam keadaan yang sama seperti zaman pemerintahan Mahathir. Tetapi sekarang, kita melihat demokrasi sebenar dan kita telah mengharungi perubahan secara aman. Saya tidak pernah impikan dalam jangka masa yang begitu singkat semasa saya masih hidup saya dapat melihat dan merasakan semua ini. Saya percaya ramai orang lain juga agak terkejut. Sama ada disebabkan keadaan atau perwatakan, Abdullah Ahmad Badawi telah menyumbang usaha menggerakkan Malaysia ke arah kemajuan. Pak Lah telah diberikan mesej ketara, namun beliau masih bertahan. Oleh itu beliau sememangnya patut diberi peluang untuk membuktikan keupayaan membawa perubahan dari dalam UMNO dan BN. Jika tidak, perubahan mungkin terpaksa dicetuskan dari luar BN – dari Pakatan Rakyat.

Di penjuru lain pula, daripada berkomplot untuk mendapatkan kuasa pemerintahan, Pakatan Rakyat seharusnya berusaha merumuskan bentuk Kerajaan Persekutuan yang mereka harapkan di masa akan datang; bagaimana parti-parti komponen akan membahagi-bahagikan tugas-tugas menteri; berapa ramai menteri dari parti mana akan diberikan portfolio tertentu; siapa akan dilantik sebagai Menteri Luar, Menteri Perdagangan, Menteri sains dan sebagainya... Inilah di antara perkara-perkara yang dekat dihati saya.

Satu cara untuk menentukannya ialah dengan ketiga-tiga parti komponen duduk semeja dan membahagi-bagikan portfolio menteri sesama sendiri sekarang juga dan menubuhkan Kabinet Bayangan (Shadow Cabinet). PAS mungkin inginkan portfolio Menteri hal ehwal agama. Tetapi apakah saya mahukan seorang dari PAS untuk jawatan itu? Jawapannya bergantung kepada siapa yang akan dilantik. Apakah Lim Guan Eng akan menumpukan perhatian kepada Pulau Pinang atau apakah dia akan diberi jawatan di peringkat pusat? Apakah Khalid Ibrahim akan menumpu fokus hanya di Selangor atau apakah beliau akan menjadi menteri kewangan?

Kesemua mereka ini adalah tokoh-tokoh berkeupayaan, tetapi mereka tidak kan mampu memegang kedua-dua jawatan negeri dan pusat sekali gus. Dalama pada itu apa bentuk perubahan dasar yang akan di bawa oleh menteri-meneteri Kabinet Bayangan ini? Portfolio-portfolio penting yang mana akan dipegang oleh PKR dan yang mana akan dipegang oleh DAP? Sekurang-kurangnya sekarang pun ketiga-tiga parti telah mula mengamal cara ini di peringkat EXCO di lima negeri. Tetapi ini akan menjadi lebih sukar di peringkat pusat! Saya rasa Pakatan Rakyat mempunyai bakat yang mencukupi di kalangan mereka untuk mewujudkan sebuah Kabinet Bayangan di Parlimen; sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak muda...tetapi siapakah mereka?

Sekarang ini peluang begitu terbuka bagi mengadakan peralihan kuasa secara teratur kepada sistem dua parti dan pilihan dua jenis kerajaan. Saya berharap pada pilihan raya umum akan datang akan wujud pilihan sebenarnya. Dalam konteks ini saya tidak nampak pilihan selain yang menghala ke arah ketidaktentuan, kekacauan, politik kotor dan BUKAN apa yang dipilih rakyat.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak berhenti daripada bermain politik (dengan cuba melompak parti), berhenti menyalahkan orang lain (dalam BN) dan segeralah memulakan tugas mentadbirkan kerajaan (BN) atau berlatih untuk mentadbir (PR). Banyak yang perlu dilakukan oleh semua pihak, termasuk PR dan BN.


 

Dari P'ng


 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home