UMNO perlu tongkat?
Dah...tiba-tiba muncul suara veteran UMNO Tan Sri Aziz Tapa mencadangkan supaya 'perbalahan' di antara Tun Mahathir dan Pak Lah dirujuk kepada yang di-Pertuan Agong.
Saya kira cadangan itu tidak sepatutnya timbul langsung di peringkat ini, apatah lagi disebarkan melalui media massa untuk dipersenda dan diketawakan orang luar.
Apakah UMNO begitu lemah hinggakan pertelingkahan sebegini pun memerlukan campur-tangan yang di Pertuan Agong? Bukankah UMNO sudah berusia melebehi 62 tahun? Pada usia masak sebegini parti itu sepatutnya begitu matang untuk menangani pelbagai isu dalaman. Apatah lagi perbalahan tersebut di antara dua tokoh yang begitu 'dewasa' dan amat berpengalaman dalam arena politik...tak payahlah merujuk kepada Tuanku.
Di satu penjuru pemimpin UMNO berkata isu ini tidak membimbangkan sangat dan 'life goes on' tanpa kehadiran Tun, sementara di beberapa sudut lain ada yang berpendapat berlainan pulak. Tak apa berlainan pendapat, tetapi dalam hal ini baiklah kita selesaikan secara tertutup.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home