Khabar angin menyebabkan fitnah bermaharajalela...
Keadaan negara adalah aman dan selamat, dan rakyat tidak perlu bimbang dan percaya dengan khabar angin yang mendakwa negara kini dalam keadaan darurat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, keadaan ekonomi dan keselamatan negara juga dalam keadaan terkawal dan rakyat tidak sepatutnya terlampau teruja dengan apa yang berlaku di negara pada masa ini.
Perdana Menteri juga berkata, fitnah kini bermaharajalela dalam negara kerana terlalu banyak khabar angin yang menyusahkan hati rakyat.
"Banyak sangat khabar angin. Buat cerita, tabur fitnah itu ini..tak habis-habis. Seolah-olah fitnah bermaharajalela.
"Ini menyebabkan rakyat tak pernah senang. Dengar cerita yang bukan-bukan dan mudah sangat percaya.
"Mereka jadi kelam kabut dan tambah-tambah lagi (cerita) dan jadi makin teruk, bukan makin baik," katanya.
Perdana Menteri menegaskan demikian ketika kuat khabar angin dan fitnah berhembus kuat terutama di blog dan laman-laman web penulis tidak bertanggung-jawab seperti blog ini yang dikendalikan blogger Susan Loone, May the Truth Save Us All.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home