Wednesday, September 19, 2007

Realiti perundangan kita: Common Law Penjajah Inggeris

Dipetik dari blog Publius Melayu

Komen Publius Melayu: Isu pengwujudan satu sistem Malaysian Common Law sebagai menggantikan English Common Law (ECL) yang diterima pakai sekian lama masih diperdebatkan, terutama di internet. Ada pihak yang menyuarakan perasaan pesimis terhadap cadangan itu dan ramai juga, terutama di kalangan nasionalis Melayu yang berpendirian sebaliknya.

Samada cadangan tersebut radikal ataupun tidak, yang nyata setelah mencapai lebih 50 tahun merdeka, sudah tiba masanya bagi kita menggariskan pengwujudan perundangan sendiri. Sistem perundangan sendiri bukannya sesuatu yang baru. Ia telah lama wujud sejak sebelum penjajah-penjajah seperti Portugis, Belanda, British dan lain-lain bertapak di Tanah Melayu. Apa yang berlaku boleh disifatkan sebagai 'interregnum undang-undang' (istilah sendiri Publius Melayu) yang bererti pemansuhan sistem perundangan sedia ada untuk digantikan dengan sistem penjajah.

Bagi melanjutkan kupasan berhubung isu ini, saya telah memetik posting dari blog Sejarah Realiti Nagara Kedah untuk dikongsi bersama.

Umum tahu bahawa Undang-Undang Islam Kedah telah dihapuskan dan digantikan dengan 'Common Law' oleh Penjajah Inggeris. Hari ini, setelah 50 tahun merdeka sudah mula kedengaran saranan untuk menghapuskan 'Common Law' yang diperkenalkan oleh Inggeris ini di Malaysia.

Di awal tahun 1900, berikutan perubahan dunia politik, tamatnya peperangan dan strategi Inggeris di Tanah Melayu siap diatur, penjajah Inggeris pun turut bersetuju untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka telah bersetuju Tunku Abdul Rahman, seorang putera berketurunan kerabat diraja Kedah dan berketurunan Raja Thailand untuk menjadi ketua perunding dan utama Persekutuan Tanah Melayu. Beliau kemudiannya berjaya menubuhkan sebuah negara baru dan menerajui sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anehnya, pada tahun 1963 beliau bersetuju secara begitu mudah mengeluarkan Singapura dari Malaysia demi kepentingan beberapa pihak tertentu.

Di dalam deraf awal perlembagaan Malaysia, keistimewaan diberi kepada Raja-raja Melayu yang dilantik oleh penjajah dan sekali gus menganiaya waris mutlak Maharaja Besar Benua Siam Kedah dari keturunan Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tahun 1788 masihi (Rujuk m/s 47 Undang-Undang Kedah) seolah-olah pemerintah Islam dan Undang-undang Islam tidak pernah ada memerentah di bumi ini sebelum mereka datang menjajah. Untuk itu mereka perlu membetulkan banyak perkara terutama sekali sejarah bangsa itu sendiri.

Penjajah Inggeris telah menulis semula sejarah kita yang kita gunapakai hari ini di sekolah-sekolah, padahal bukti-bukti baru telah pun mula muncul, menafikan apa yang diperkatakan oleh mereka dahulu. Sejarah kita menjadi tidak teratur dimana Sultan Mahmud Syah, Raja Bandar Hilir di celarukan dengan Sultan Mahmud Syah, Maharaja Besar Benua Siam, begitu juga zaman pemerintahan mereka. Undang-Undang Kedah yang menjadi teras pemerintahan Maharaja di rampas oleh Penjajah Inggeris dan dibawa balik ke England. Ia dipulangkan sekitar tahun 2003 dan baru saja diterbitkan untuk kita difikirkan semula.

Berserta kenyataan, realiti dan faktor sejarah yang benar di blog ini, adalah diharapkan ia dapat membuka minda rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau pernah membongkar betapa kerajaan Thailand memberi perlindungan kepada pengganas komunis di Nathawi, Selatan Thailand. Beliau juga telah merancang penggunaan Internet untuk rakyat Malaysia mendapatkan maklumat terkini dan terperinchi secara lebih luas dan terbuka. Semasa menjadi PM, beliau juga dengan lantang menjalankan Dasar Pandang ke Timur dan kempen 'Buy British Last'.

Kini, pada tahun 2005 YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula telah mengizinkan buku Undang-undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tujuan ia diterbitkan ialah untuk dijalankan semula kajian bagi membuktikan kegemilangan pemerintahan Islam Benua Islam Siam Kedah dizaman dahulu. Alhamdulillah, beliau juga ada salah seorang dari waris Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Dimanakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home